Tuesday, March 4, 2014

RUMAH - Renovation Rumah (Part 1)

Assalammualaikum,

Untuk sesiapa yang beli rumah teres 2nd hand dan berhajat nak buat renovation. Mungkin ada yang boleh ambil info dari sini. Tapi mungkin takkan 100% sama. Contohnya macam, kalau taman yang korang beli tu taman baru, mmg kena sewa tong sampah besar tau. Tapi kami, kami beli rumah di taman lama, so tak sewa tong sampah besar tu pun tak jadi hal la kot. As long as tak ada sape yang report. Kena la pandai2 jaga hati jiran2 sekeliling. Jangan blok jalan orang, jalan kacau area orang, inform jiran2 bagitau nak buat renovation. InsyaAllah takkan ada masalah ;) Jom aku share rumah yang kami beli. Tak ada la teruk sangat, just a basic house. Jadi, kami merancang untuk retouch rumah ni sebelum kami pindah :)


Bahagian depan rumah ;)
Harap2 lepas ni semua jadi cantik ;)
Batu2 pasir2 smua dah penuh kat depan ni ;)
Simen encik panda ;)
Bahagian dapur yang kecik, nanti akan jadi besar sikit ;)
View dari belakang rumah, pagar dawai dah dicabut ;)
5kaki x 20kaki ruang untuk extend ;)
Nanti dah tak pakai pintu tu, kami akan guna security door.. Tunggu~
Besi pagar lama, ni kontraktor boleh jual kat kedai besi buruk :p
Haaaa.... kawan2 Chuteh dah tunggu dah ni~
Dalam masa 3minggu lebih, InsyaAllah pak cik kontraktor tu kata boleh siap. Tak sabar nak tunggu semua ni siap~ Seronok2 jugak, duit nak kena carik jugak. Hahahaha.. Alahaiii.. Ya Allah Ya Tuhan ku, permudahkanlah urusan kami~ Amin.... Tunggu update seterusnya~

No comments:

Post a Comment